Sekitar Jubli Perak

on Saturday, July 18, 2009



Sultan Pahang sebak terkenang arwah isteri (Berita Harian)

SULTAN Ahmad Shah mengesat air mata sebelum merasmikan Sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, di Jerantut, semalam.

JERANTUT: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebak apabila mengenangkan isteri baginda Allahyarham Tengku Ampuan Afzan ketika bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, di sini, semalam.

Baginda beberapa kali terpaksa berhenti berucap bagi menahan kesedihan dan kelihatan mengesat air mata sebelum meneruskan semula titahnya.

“Sekolah ini menggamit seribu kenangan buat saya kerana nama sekolah ini mengambil nama sempena isteri beta yang amat dikasihi.

“Malah, beta pernah ke sini beberapa tahun lalu dan ia (kenangan) masih tersimpan dalam memori ingatan saya,” titahnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff.

Sultan Ahmad Shah bertitah, sekolah itu banyak mengalami pembaharuan dalam tempoh 25 tahun lalu, termasuk dilengkapi pelbagai kemudahan untuk kemajuan pendidikan dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Titahnya, penambahbaikan kemudahan itu sudah tentu merangsang kemudahan pelajar untuk menimba ilmu di samping tidak mengabaikan pembinaan akhlak dan sahsiah diri.

“Sesungguhnya saya sukacita dan berbangga dengan pencapaian sekolah ini sehingga mampu menjadikan antara sekolah terbaik di negeri ini.

“Ini digambarkan menerusi pelbagai kejayaan yang diperoleh pelajarnya dalam semua bidang sama ada kurikulum dan kokurikulum,” titahnya.

Sehubungan itu, baginda berharap warga sekolah berkenaan akan menggunakan peluang dan ruang melalui projek itu untuk memanfaatkan ilmu yang berkaitan dengan pembestarian sekolah.

Pada majlis yang sama, baginda turut mengumumkan sumbangan peribadinya berjumlah RM50,000 kepada tabung sekolah berkenaan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090715093704/Article/index_html

Baca selanjutnya...

Ilmu Qiraat

on Thursday, July 9, 2009

Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang telah diturunkan oleh malaikat Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam bahasa arab,selama 23 tahun iaitu 10 tahun di Mekah Al-Mukaramah dan 13 tahun di Madinah Al-Munawarah disusun di dalam mashaf bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas, diriwayatkan secara mutawatir serta TAKRIF AL-QURAN


membacanya adalah satu ibadah.


TAKRIF QIRAAT


Al-Qiraat bermaksud suatu cabang ilmu yang membincangkan tentang perbezaan bacaan Al-Quran antara imam-imam Qurra' seperti:

# Imam Nafi'
# Imam Ibnu Kathir
# Imam Abu 'Amru
# Imam Ibnu 'Amir
# Imam 'Asim
# Imam Hamzah
# Imam Al-Kisa'i


Ilmu Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan Al-Quran dan hukum mempelajarinya adalah farhu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu Qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana Al-Quran dan Qiraat merupakan Sunnah Muttaba'.


Baca selanjutnya...

Ingin Hafal Al-Quran - Tips oleh Imam An-Nawawi

on Wednesday, July 8, 2009

1. mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah

2. menggunakan naskhah al Quran
yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan(semakan bacaan)..ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat(kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

3. gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nye diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.

4. ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancakan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul..sebagai contoh nak hafal surah ali-imran...mulakan dari page yang first bg surah tersebut. lancarkan first page tu dulu.

5.bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul2 lancar.pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul2 lancar kerana ni akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru..

6. mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan ikut step. hafaz dahulu ayat yang first sehingga hafaz(baca ayat first berulang-ulang sebagai 1 cara menghafaz yg baik). then, barulah berpindah ke ayat yang kedua.. dah hafaz ayat ke 2 , ulang balik dari ayat yang first.then baru masuk ayat yg seterusya..

7. pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannye untuk anda tasmi' ( memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

8. amalkan membaca ayat2 yang telah anda hafaz dalam solat2 yang anda lakukan. banyakkan solat sunat gak sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat2 yang telah dihafaz.. ini bertujuan membiasakan ayat2 yang telah dihafaz ke dalam amalan harian anda.

9. amalkan membaca ayat2 Quran yang telah anda hafaz di mana2 sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati or mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika nak tidur, dan lain2 yang difikirkan baik.. ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat2 hafazan tersebut.

10. amalkan memakan manisan seperti kurma or madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan..

11. jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

12. tanamkan semngat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat2 tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin ayat... InsyaALLAH sehingga hafiz... walaupun memakan masa yang lama.

13. banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

14. pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu2 selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH or AFTER SUBUH kerana waktu ni tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

15. tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit2, asalkan istiqamah dan berkesan...

ALLAHU'ALAM...
" Sesungguhnya al Quran itu mudah untuk dipelajari"
( al-Qamar: 17,22,32,40)

TIPS asal oleh IMAM NAWAWI
selamat mencuba

Baca selanjutnya...

Perginya Mutiara Tarbiyah

on Friday, June 19, 2009

13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'iyah yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.

Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Ameen.

Baca selanjutnya...

Sembah Takzim

Semalam, 18 Jun 2009, ana dan beberapa orang pelajar dijemput untuk menghadiri Majlis Tahlil bagi Memperingati Kemangkatan Tengku Ampuan Hajjah Afzan. Bertempat di Masjid Sultan Ahmad, Pekan, berhampiran SMATAF dan bangunan Majlis Agama Islam Pahang. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yasin dan Surah al-Mulk, solat Isya' dana akhir sekali ialah 'santap'an. Pengalaman bagi ana untuk kenal orang2 kenamaan dengan lebih dekat. Ana berkesempatan bersalam dengan Tengku Mahkota.

Dan tak lupa jugak, sempat berjumpa kawan lama dari SMA Khairiah yang kini sedang belajar di Kulliah al-Lughah wa ad-Din, Hasbullah. Mula2 jumpa ana x perasan. Lama sikit baru perasan si Chulah ni. Hehe... Apapun, makanan memang tiptop. Bukan mintak sangat, tapi orang dah bagi jangan tolak. Heh. Kata Rasulullah, "Makanan mu'min kepada mu'min yang lain (dengan niat sedeqah) adalah syifa'". Maka, jangan tolak peluang yang ada.

Baca selanjutnya...

HarakahDaily.Net