Kami pelajar-pelajar sem 1,3,dan 5 MTNP sekarang sedang menjalani satu kursus. Macam-macam ilmu baru yang kami dapat. Sebenarnya, sem baru belum bermula. Tapi bagi memenuhi masa yang ada di samping mengelakkan masing2 daripada lalai, maka, elok benarlah dibuatnya program sebigini. Sekurang-kurangnya menambah pengalaman yang ada.
Antara aktiviti yang telah dan sedang dijalankan ialah:
- Hafazan Baru dan Lama (8.00am - 10.00am)
- Kursus Kemahiran Berbahasa Inggeris dan Arab (10.20am - 11.10am)
- Kursus Asas Komputer dan Ceramah BerPowerPoint (11.10am - 12.30pm)
- Kursus Imam Muda
- Kursus Kemahiran Berkomunikasi bersama Kolej IKIP
Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan program ini. Harap-harap lepas ini ada lagi.
Jadi, insya-Allah bermula dari 1 Mei sampai 5 Mei, pelajar2 Diploma akan bercuti, 6 Mei ada ceramah di Maahad, 7 cuti tapi tetap di Maahad, dan penamatnya, 8-10 Mei kami akan ke Kedah dan Penang untuk release tension...huhu...
11 Mei bermulalah Semester 1...!



0 komen:
Post a Comment