8-10 Mei 2009, ana bersama keseluruhan pelajar diploma tahfiz MTNP mengikuti satu rombongan ke negeri Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Rombongan ni sebagai satu hadiah daripada MTNP sebab keputusan ujian akhir semester yang lepas yang memberangsangkan. MTNP mendapat rank pertama antara semua Maahad Tahfiz Quran Negeri yang berdaftar bawah Darul Quran. Jadi, bertuahlah kami pelajar semester 1 sebab kami tak sumbang apa2 tapi dapat gak ikut.
Kami bertolak pd pukul 6.50 petang hari Jumaat dan sampai di Masjid Zihar di Alor Setar, Kedah pada pukul 5.30 pagi lebih kurang. Lepas solat Subuh, kami bersarapan pagi di rumah seorang bekas pelajar Ust Zuhaidi (Ust tasmi' ana). Makan nasi lemak. Bertuah ust dapat anak didik yang kenang jasa.
Lepas sarapan, kami menuju ke Taman Herba. Macam2 tanaman herba ada. Nama pun pelik2. Ada misai kucing, puteri lompat, macam2 lagi la. Memang ada rasa nak pecah perut la gak gelaknya. Dah habis pusing2, minum air teh misai kucing. Macam rasa teh cina, tawar hebe je.
Lepas Taman Herba, kami pergi ke Taman Ular. Kalau dah nama Taman Ular, mesti la banyak ular. Ada ular tedung selar, ular air, ular orok2, ular sawa, macam2 la yang tak pernah tengok melainkan kat tv. Kat situ gak ada haiwan2 reptilia lain tapi dah selalu tengok la...
Lepas tu gi mana e? Tak silap ana kami pergi ke rumah kawan ust Zuhaidi untuk makan tengahhari..huy, kenalan ust zuhaidi ni merata-rata la. Bertuah betul.. Kat sini kami dapat makan laksa kedah. Agak pedas, tapi ayak xda. Ayak minum lambat sampai. Jd, kena la tahan pedas tu.
Lepas tu, kami ke Pekan Rabu. Ana pun jalan2. Jalan punya jalan, tertarik pulak kat satu kopiah warna hitam tu. Agak mahal. Ada orang faham la kalau yang mahal tu kopiah apa. Hehe.. Tapi, memandangkan kopiah hitam ni lebih murah kalau beli kat Kedah (xtau la, dengarnya gitu), jadi, ana pun beli la.
Hmm, letih la menaip. Nanti ana sambung pulak lain kali. Insya-Allah bersama gambar.



5 komen:
kopiah ape?
Kopiah apa lagi....kopiah tu la...tak paham plak. Sori la aku lupa nak beli apa unutk ko. Aku ada beli aiskrim untuk ko tapi aku risau cair sebelum balik rumah, aku pun makan la...haha..
kopiah p*s?
haaaa......=p
xpe...bkn eskrem kedah pun aku terima.....eskrem jengla 17..hehe....kedai mat ali..sedap gak~
haah...haha. mat ali tak jual eskrem dah sekarang. Dia jual minyak motor je...haha.
Post a Comment