Bola Sepak Pahang - Sampai bila?

on Wednesday, June 3, 2009

Petang tadi, ana dan Kamarul serta ust Lafzul dan Ust Zuhaidi ditugaskan untuk jaga kawasan Stadium Darul Makmur untuk perlawanan bola sepak PESAYA X.

Pada pukul, 3 petang, perlawanan bagi tempat ke-3 dan ke-4 antara PAHANG vs SABAH. Dia awal perlawanan, Pahang membuat jaringan sulung melalui pemain tengah Yayasan Pahang, Ust Ahmad Abdul Jawed (satu-satunya wakil daripada Maahad). Jaringan dilakukan seawal minit ke-9.

Seterusnya, Pahang mengkukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua melalui pemain yang ana tak kenal pada minit ke-15. Pahang kini mendahului Sabah dengan 2 berbalas 0. Stadium digamatkan dengan riuhan suara penyokong Yayasan Pahang. Sabah gagal membuat sebarang jaringan sepanjang separuh masa pertama. Kedudukan kekal hingga rehat separuh masa.

Namun, selepas rehat, Yayasan Sabah seolah-olah baru mendapat rentak. Dimulakan dengan jaringan pertama Sabah akibat kelalaian keeper diikuti jaringan kedua. Kini, kedudukan seri 2 berbalas 2. Namun, saat minit ke-57 (perlawanan 1 jam), Sabah menjaringkan gol dan mendahului Pahang menjadikan kedudukan 3-2. Dalam, tempoh masa yang berbaki 3 minit, Yayasan Pahang yang semakin tertekan gagal menjaringkan gol dan Sabah mengesahkan kedudukan ke-3 saat wisel penamat ditiup.

Huh, beginikah trend permainan Pahang kini? Baik di pihak Yayasan atau pemain Pahang dalam Liga Malaysia. Biasanya mendahului namun penamatnya kalah. Bolehkah dikatakan Pahang hanyalah jaguh kampung? Ana tetap penyokong Pahang kini dan selamanya, insya-Allah. Tetapi, sampai bila ana nak lihat kekalahan Pahang? Pahang bukannya tidak hebat, namun mudah dikaburi dan sukar mengawal tekanan.

Ana pun bukanlah hebat sangat bermain bola, tetapi kesalahan minor tak sepatutnya berlaku.

0 komen:

Post a Comment

Islam

Loading...

HarakahDaily.Net