Ilmu Qiraat

on Thursday, July 9, 2009

Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang telah diturunkan oleh malaikat Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam bahasa arab,selama 23 tahun iaitu 10 tahun di Mekah Al-Mukaramah dan 13 tahun di Madinah Al-Munawarah disusun di dalam mashaf bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas, diriwayatkan secara mutawatir serta TAKRIF AL-QURAN


membacanya adalah satu ibadah.


TAKRIF QIRAAT


Al-Qiraat bermaksud suatu cabang ilmu yang membincangkan tentang perbezaan bacaan Al-Quran antara imam-imam Qurra' seperti:

# Imam Nafi'
# Imam Ibnu Kathir
# Imam Abu 'Amru
# Imam Ibnu 'Amir
# Imam 'Asim
# Imam Hamzah
# Imam Al-Kisa'i


Ilmu Qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan Al-Quran dan hukum mempelajarinya adalah farhu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu Qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana Al-Quran dan Qiraat merupakan Sunnah Muttaba'.


0 komen:

Post a Comment

Islam

Loading...

HarakahDaily.Net